Guru memperdengarkan bunyi-bunyi kenderaan darat seperti motosikal, kereta,lori, bas,dan beca.
-Bersoaljawab dengan murid
mengenai bunyi-bunyi kenderaan tersebut.
Langkah/Masa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | Sumber/ Catatan |
Set Induksi (5 Minit) Aktiviti kelas | Bunyi Kenderaan | -Guru memperdengarkan bunyi-bunyi kenderaan darat seperti motosikal, kereta, lori, bas dan beca. -Murid meneka bunyi kenderaan tersebut. | Radio Rakaman bunyi |
Langkah 1 (10 Minit) Aktiviti Kelas | Ejaan | -Guru menunjukkan gambar kenderaan darat sambil murid menamakannya. -Murid menyebut dan mengeja nama kenderaan darat tersebut. -Bersoaljawab dengan murid tentang kepentingan kenderaan darat. | Kesepaduan:, PFK BBM: Gambar,kad perkataan, replika kenderaan darat. |
Langkah 2 (15 Minit) Aktiviti Kelas | Pengiraan (soalan pada slaid komputer) | -Murid menyatakan bilangan kenderaan yang dipelajari hari ini. -Murid menyatakan bilangan tayar pada kenderaan darat yang telah dipelajari. | Kesepaduan: Awal Matematik KBKK: Menyenaraikan |
Langkah 3 ( 10 Minit) Aktiviti Individu | Penilaian | -Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. -Mengisi tempat kosong perkataan kenderaan darat yang betul dan mewarnakannya. | KBKK: Banding-beza BBM: Lembaran kerja |
Penutup (5 Minit) | Nyanyian “Bapaku Pulang Dari Kota” | -Murid menyanyikan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota “ dengan bimbingan guru. -Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. | MI: Kecerdasan Pertuturan, Kecerdasan Interpersonal Kesepaduan: Kreativiti dan Estetika |